UTeM tiada halangan terima pelajar Rohingya

UTeM tiada halangan terima pelajar Rohingya

MASILLA Kamalrudin dalam sidang akhbar Pelancaran Ekspo Buku Malaysia 2024 di Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal, Melaka. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bersedia menerima kemasukan pelajar etnik Rohingya sekiranya mendapat persetujuan semua pihak.

Naib Canselornya, Prof. Dr. Massila Kamalrudin berkata, pihaknya akan mengambil kira pandangan ramai terlebih dahulu terutama ibu bapa pelajar tempatan sebelum membuat sebarang keputusan berhubung perkara tersebut.

Katanya, sekiranya dibenarkan undang-undang, universiti tidak mempunyai masalah untuk menerima pelajar daripada etnik berkenaan.

“Kita tidak mahu menghukum mereka berdasarkan etnik tetapi pada masa sama kita perlu menjaga sensitiviti. Kita tidak mahu menimbulkan sebarang isu sensitif dan ini (kelayakan) perlu diserahkan kepada budi bicara dan keprihatinan Timbalan Canselor yang lain,” katanya ketika ditemui pada majlis Pelancaran Ekspo Buku Malaysia 2024 di Kampus Induk UTeM di sini, semalam.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Malaysia sebagai sebuah negara bertamadun sentiasa terbuka dalam memberi kemudahan kepada pelarian Rohingya untuk mendapatkan pendidikan di negara ini

Katanya, tidak timbul isu keputusan sebuah universiti awam untuk mengambil etnik Rohingya melanjutkan pengajian akan mengancam kedaulatan negara.

Sementara itu, Penasihat Kementerian Pengajian Tinggi, Prof. Emeritus Dr. Morshidi Sirat memaklumkan, pelarian Rohingya yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi akan dapat berbuat demikian tidak lama lagi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN