Tidak jadi gunting dalam lipatan syarat UMNO terima bekas pemimpin

Tidak jadi gunting dalam lipatan syarat UMNO terima bekas pemimpin

AHMAD Zahid Hamid menyampaikan ucapan di Dewan Merdeka sempena Perhimpunan Agung UMNO 2023. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO perlu melihat terlebih dahulu bekas pemimpin parti yang digantung dan dibuang sama ada menjadi gunting dalam lipatan sebelum menerima mereka kembali.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Majlis Tertinggi UMNO sentiasa bersikap terbuka terhadap saranan untuk menerima kembali sebagai ahli semula.

Sebaliknya, kata beliau, UMNO perlu melihat perkara itu berdasarkan peraturan dan perlembagaan parti.

“Dalam soal ini kita ada peraturan dan perlembagaan, Insya-Allah rakan-rakan digantung sama ada lebih daripada itu, kita mahu melihat selepas tindakan sama ada mereka orang parti atau gunting dalam lipatan.

“Kalau benar orang parti, tidak berkokok, tidak menghentam daripada luar. Mereka harus akur. Seperti Datuk Lokman Noor Adam walaupun pernah dikenakan tindakan, tetapi tidak pernah meninggalkan parti daripada luar,” katanya dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2023 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini.

Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk kepemimpinan sayap dan perwakilan UMNO mahu menerima bekas pemimpin dan ahli parti yang digantung dan dipecat pada Januari lalu.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada dasarnya bersetuju penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) bagi mengawal selia ekosistem industri gig dan menjaga kebajikan seluruh rantaian ekonomi bermula daripada penyedia perkhidmatan, pembekal, pekerja serta pengguna. 

Beliau juga mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju menubuhkan program Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) khas wanita dengan kerjasama antara Universiti Teknikal Malaysia Melaka dan Kolej Universiti Agrosains Malaysia.

“Saya telah berbincang tentang isu perumahan anak muda, kerajaan luluskan rumah transit Madani di bawah Skim Perumahan Transit Madani di seluruh negara,” katanya.

Ahmad Zahid juga agar Kongres Melayu dianjurkan bersama Pemuda dan Puteri dengan dipengerusikan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan. – UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.