Suka mommy buat daging masak kicap - anak Shuib

Suka mommy buat daging masak kicap – anak Shuib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Anak kedua pelawak dan penyampai radio, Shuib, Dzahira Talita Zahra menyifatkan ibu tirinya, Watie sebagai seorang ibu yang penyayang dan sering meluangkan masa bersama atau bermain.

Watie yang dipanggil ‘Mommy’ itu juga katanya suka memasak dan sering memenuhi permintaan membuat lauk kegemaran.

“Paling suka kalau Mommy buat daging masak kicap.

“Mommy baik selalu main dengan saya dan suka ketawa,” katanya ketika ditanya perwatakan ibu tirinya.

Anak kedua daripada empat beradik itu juga menyatakan hasrat untuk mempunyai dua adik baharu dalam keluarga.

“Saya suka kalau dapat adik lagi. Kalau boleh ingin dua adik lelaki sebab saya mahu jadi satu-satunya princess (puteri),” katanya.

Kelmarin, Shuib, 38, sah bergelar suami kepada Watie, 35, dengan hanya satu lafaz semasa majlis pernikahan di Putra Glass House, Putra Heights.

Shuib pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011, sebelum meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 11, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN