Oleh MOHD. TURMADZI MADUN Melaporkan dari Mekah MEKAH: Bekas pemain bola sepak Kuala Lumpur, Datuk Subadron Abdul Aziz mengesahkan kerajaan negeri dan Persekutuan telah bersetuju untuk membantunya membina sebuah stadium bernilai kira-kira RM10 juta. Difahamkan, stadium yang diberi nama atas seorang tokoh sukan itu akan dibina di kawasan seluas 1.6 hektar di Fasa 9 Sri Gombak, Selangor. Menurut Subadron, 59, majlis pecah tanah telah dilakukan tetapi dia masih memikirkan bagaimana…










