Siti Nurhaliza impi kembali ke Royal Albert Hall - Utusan Malaysia

Siti Nurhaliza impi kembali ke Royal Albert Hall

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengimpikan untuk mengadakan konsert solo kedua di Royal Albert Hall selepas kali terakhir pada 2005.

Jelas Siti Nurhaliza, kali ini, dia mahu mengadakan konsert tradisional berbanding konsert sekitar 2005 sebelum ini yang menggabungkan pelbagai genre dan lagu popularnya.

“Sekiranya ada rezeki, memang saya mahu kembali ke Royal Albert Hall untuk satu konsert tradisional. Itu adalah salah satu impian saya, tetapi saya mampu berdoa supaya dimakbulkan.

“Saya dan pengurusan memang sudah perancangan serta sasaran untuk tiga tahun ke hadapan. Tetapi kalau ada rezeki untuk ke sana, memang saya tidak akan lepaskan peluang itu.

“Hasrat saya mahu kita semua termasuk penyanyi muda untuk meraikan dan menghargai muzik tradisional yang menjadi jati diri kita semua,” ujarnya.

Penyanyi Jerat Percintaan itu berkata demikian selepas sidang media Konsert Hitman: David Foster and Friends Asia 2023 yang bakal berlangsung 7 Ogos depan di Mega Star Arena, di sini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.