Sertai PH akan beri impak karier politik KJ - Utusan Malaysia

Sertai PH akan beri impak karier politik KJ

Mohd. Shukri Ramli
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Karier politik bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berdepan laluan sukar sekiranya beliau memilih untuk bersama Pakatan Harapan (PH) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) negeri, Mohd. Shukri Ramli berkata, Khairy perlu membuat pilihan sebaik-baiknya untuk bersama PN bagi meneruskan karier politik beliau selepas ini.

Katanya, jangka hayat PH-Barisan Nasional (BN) juga berkemungkinan tidak panjang dan penyertaan Khairy bersama gabungan itu hanya akan memberi impak kepada karier politiknya.

“Khairy ini kalau diikutkan lebih selesa lah untuk beliau bersama-sama dengan PN, kalau (Khairy) sertai PH-BN, ini akan ‘bunuh’ karier politiknya.

“Jadi beliau kena pilih yang terbaik dan saya cadang supaya KJ adakan rundingan dengan sebaiknya bersama-sama pimpinan tertinggi PN,” katanya ketika diminta mengulas polemik berhubung penyertaan Khairy sama ada bersama-sama PH atau PN menjelang PRN tidak lama lagi.

Sebelum ini, media melaporkan, Khairy yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO dijangka bertemu dengan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin minggu ini.

Tanpa mendedahkan secara terperinci, Khairy dilaporkan berkata, pertemuan tersebut bagi memberikan keputusan muktamad beliau, dipercayai mengenai tawaran menyertai parti berkenaan.

Bagaimanapun, kemungkinan Khairy menyertai PN kembali menjadi tanda-tanya apabila bekas Menteri Kesihatan itu dilaporkan mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ahli ekonomi dan pakar industri bagi membincangkan hala tuju ekonomi negara.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan peranan Khairy dalam perjumpaan bersama Anwar itu yang turut dihadiri Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Ghani.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya