Saham Islamik, patuh syariah jerat pelabur

Saham Islamik, patuh syariah jerat pelabur

NOORSIAH MOHD. SAADUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelbagai iklan penipuan pelaburan saham yang menggunakan istilah ‘Islamik’ dan ‘patuh syariah’ dikesan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang disiarkan secara berleluasa di media sosial bertujuan menarik perhatian orang ramai.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, sepanjang tahun 2020 hingga Mei ini, sejumlah 186 kes disiasat berkaitan skim penipuan pelaburan ‘patuh syariah’ yang membabitkan jumlah kerugian keseluruhan RM5,411,571.61.

Menurutnya, menerusi iklan yang dipaparkan, skim pelaburan itu menawarkan keuntungan sehingga 50 kali ganda dari nilai wang yang dilaburkan.

“Malahan keuntungan juga didakwa akan dibayar seawal tiga jam selepas pelaburan dibuat.

“Lebih membimbangkan, paparan iklan itu turut menggunakan gambar individu-individu ternama termasuklah ahli politik, agamawan, selebriti, tokoh korporat dan pempengaruh media sosial dipercayai dengan tujuan untuk menarik perhatian pelabur,” katanya di sini hari ini.

Noorsiah berkata, melalui siasatan, individu terbabit tidak terlibat dengan skim pelaburan berkenaan dan tidak pernah memberikan kebenaran untuk gambar-gambar mereka digunakan. 

“PDRM mengesahkan menerima laporan polis daripada beberapa individu ternama berkenaan penyalahgunaan gambar mereka oleh skim pelaburan itu.

“Sebagai langkah pencegahan, PDRM mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan tidak sesekali terpengaruh dengan skim pelaburan yang menawarkan keuntungan yang terlalu lumayan. 

“Lakukan semakan yang terperinci sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan,” katanya.

Beliau berkata, dapatkan maklumat lanjut dari sumber rasmi seperti portal semak mule, alert list Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sebelum membuat keputusan untuk menyertai skim pelaburan yang meragukan.

Sebelum ini media melaporkan lebih 200 syarikat dipercayai aktif melakukan penipuan skim pelaburan membabitkan kerugian RM1 bilion.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Malaysia (MHO) Datuk Hishamuddin Hashim dilaporkan berkata, skim pelaburan seumpama itu sudah wujud sejak 2015, tetapi semakin trending pada tahun ini.

Sindiket penipuan ini menggunakan syarikat berdaftar di SSM dan syarikat ala patuh syariah dengan menawarkan skim pelaburan sah di sisi undang-undang.

Pelaburan terbabit bermodelkan tabung amanah dan Islamic Redeemable Share (i-RPS) serta deposit memorandum maklumat termasuk sijil kewangan Islam (sukuk).

Selain itu, beliau berkata, syarikat juga menggunakan nama besar dan individu kenamaan serta pesara kerajaan, selain menggunakan nama institusi perbankan terkemuka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya