Artis Hollywood bergelar pejuang kanser - Utusan Malaysia

Artis Hollywood bergelar pejuang kanser

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBUAH dokumentari yang baru diterbitkan Netflix nampaknya menggoncang Hollywood menceritakan perjalanan penyanyi popular, Kyle Minogue yang pernah digelar Ratu Pop ketika zaman kemuncaknya penghujung 90-an hingga awal 2000-an. Lagu hitnya Can’t Get You Out My Head masih malar segar hingga hari ini.

Bagaimanapun, kerjayanya mula menjadi taruhan apabila dia disahkan menghidap kanser payudara pertama kali pada 2005. Walaupun pulih selepas menjalani rawatan, tetapi yang tidak diketahui orang ramai adalah dia juga melawan kanser yang sama kali kedua pada 2021 secara diam-diam.

Tidak hanya Kyle yang mempunyai kisah memberi inspirasi sebegitu, berikut ialah lima selebriti hebat lain yang turut bergelar pejuang kanser.

Christina Applegate

Pelakon yang meledak dengan siri Dead to Me ini mula disahkan kanser payudara ketika usia 36 tahun. Pada awalnya, sel kanser itu tidak dapat dikesan memenerusi kaedah mamogram, bagaimanapun, selepas menjalani imbasan MRI doktor mengesahkan pelakon itu juga mempunyai ciri-ciri positif mutasi gen BRCA 1, mengakibatkan risiko kanser lebih ketara. Dia kemudian menjalani rawatan mastektomi iaitu membuang kedua-dua payudara dan kini disahkan bebas kanser.

Hugh Jackman

Siapa yang tidak kenal dengan hero Wolverine ini. Pada 2013, dia mengejutkan peminat apabila berkongsi sedang bertarung dengan kanser kulit jenis basa cell carcinoma. Dia telah melakukan banyak rawatan terutama membuang sel kanser di bahagian hidung. Bagaimanapun, doktor mengesahkan kanser Hugh bertindak perlahan dan dianggap tidak berbahaya. Menurut Hugh, kanser tersebut disebabkan dirinya kurang menggunakan pelindung matahari ketika membesar di Australia. Kini, Hugh bebas kanser selain menjalani pemeriksaan berkala bersama pakar dermatologi.

Shannen Doherty

Shannen mungkin mempunyai kisah siri perlawanan kanser yang sangat dekat dengan peminat Hollywood. Pelakon yang popular dengan siri Beverly Hills, 90210, dan Charmed itu pada awalnya disahkan menghidapi kanser payudara pada 2015. Shannen kemudian melakukan pelbagai rawatan antaranya kemoterapi, radias, dan mastektomi dan disahkan bebas pada 2017. Bagaimanapun, kansernya kembali menyerang pada 2020 dan merebak pada otak dan tulang. Dia kemudian meninggal dunia pada 13 Julai 2024.

Michael C. Hall

Pelakon yang popular dengan siri Dexter ini pernah disahkan menghidap kanser Hodgkin’s lymphoma, iaitu sejenis kanser yang menyerang sistem limfa dalam badan. Michael menerima diagnosis tersebut sekitar tahun 2010 ketika berada di puncak populariti sebagai pelakon utama dalam siri televisyen Dexter. Berita itu mengejutkan ramai peminat kerana ketika itu dia masih aktif bekerja dalam industri hiburan. Selepas beberapa bulan menjalani rawatan, dia disahkan berada dalam fasa remisi, iaitu keadaan di mana tanda-tanda kanser berkurangan atau tidak lagi aktif.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN