Saarani sedia dipanggil SPRM isu Tanah Rizab Melayu - Utusan Malaysia

Saarani sedia dipanggil SPRM isu Tanah Rizab Melayu

SAARANI Mohamad dalam sidang akhbar pada Majlis Akad Penyerahan Lembu Korban Sumbangan kepada kerajaan negeri di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad sedia dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes Tanah Rizab Melayu di negeri ini setelah pembangkang membuat laporan mengenainya di Pejabat SPRM Perak di sini hari ini.

Saarani berkata, pihaknya tiada masalah jika dipanggil oleh SPRM kerana tiada pekara yang mahu disembunyikan.

“Dalam pengetahuan saya, ini bukan pertama laporan dibuat kepada SPRM berhubung isu tersebut dan sebelum ini SPRM telah pun masuk ke Pejabat Tanah dan Galian (PTG) mengambil fail-fail yang berkaitan.

“Saya percaya SPRM pun akan melayannya seperti sebelum ini. Jadi, kalau ada laporan yang baru dibuat oleh Ketua Pembangkang, ia terpulanglah kepada SPRM. Kita tak ada masalah kerana tiada apa yang nak disembunyikan.

“Jadi, kalau SPRM panggil saya, saya akan memberi kerjasama sepenuhnya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Akad Penyerahan Lembu Korban Sumbangan kepada kerajaan negeri di sini hari ini.

Saarani berharap pihak yang membuat laporan memberi kepercayaan sepenuhnya untuk menjalankan siasatan.

“Saya harap kepada mereka yang buat laporan dia kena percaya sepenuhnya kepada SPRM sebab SPRM telah pun masuk membuat siasatan,” katanya.

Terdahulu hari ini, Razman membuat laporan kepada SPRM dan mahu siasatan dijalankan terhadap isu berkaitan Tanah Rizab Melayu yang dipecahkan kepada lot-lot serta dipindah milik kepada bukan Melayu di Sitiawan.

Razman berkata, SPRM juga perlu menyiasat bagaimana proses pertukaran nama lot-lot tersebut kepada pemilik bukan Melayu terjadi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya