Empat individu ditahan gaduh tengah jalan

Empat individu ditahan gaduh tengah jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan empat individu dipercayai terbabit dalam pergaduhan di tengah jalan di kawasan Sentul dekat sini yang tular di media sosial hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintenden Jasni Zolpa berkata, siasatan lanjut masih diteruskan berkaitan kejadian terbabit.

“Setakat ini empat individu ditahan dan kejadian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Jasni berkata, laporan lengkap berhubung kejadian akan dikongsikan dalam masa terdekat.

Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi satu minit 29 saat memaparkan seorang lelaki terjatuh selepas ditolak seorang individu di tengah jalan.

Insiden terbabit turut menyebabkan berlaku situasi tegang membabitkan beberapa wanita dan lelaki di lokasi terbabit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN