PRN: Pembahagian kerusi PH-BN di peringkat akhir - Anwar

PRN: Pembahagian kerusi PH-BN di peringkat akhir – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di peringkat akhir untuk dimuktamadkan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Di peringkat akhir,” katanya ringkas ketika ditanya mengenai perbincangan pengagihan kerusi antara parti utama dalam Kerajaan Perpaduan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

ANWAR IBRAHIM

Terdahulu beliau mempengerusikan Mesyuarat Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) di bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pembahagian kerusi akan dimuktamadkan terlebih dahulu sebelum senarai calon dikemukakan.

Pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pula memberitahu, PH dan BN negeri itu masih dalam proses rundingan mengenai pembahagian kerusi dan sedang diperhalusi serta bakal dimuktamadkan Jawatankuasa Pusat Kerajaan Perpaduan.

Naib Presiden PKR, Chang Lih Kang pula mengesahkan rundingan mengenai pembahagian kerusi dalam Kerajaan Perpaduan menjelang PRN di enam buah negeri kini mencapai 95 peratus.

Selain parti-parti komponen dalam PH, rundingan sama turut melibatkan rakan sekutu mereka iaitu BN.

PRN di enam negeri melibatkan Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang, setakat ini Pulau Pinang mengumumkan pembubaran DUN pada 27 Jun, manakala Negeri Sembilan pula pada 30 Jun.

Sementara, Kelantan akan mengumumkan tarikh pembubaran DUN pada Rabu ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya