PRN: 95 peratus pembahagian kerusi Selangor selesai - Utusan Malaysia

PRN: 95 peratus pembahagian kerusi Selangor selesai

Kerusi Selangor
AMIRUDIN Shari dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Pengenalan Sabda, dekat Nazbell Cottage & Garden, Sungai Besar di Sabak Bernam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) menyelesaikan 95 peratus agihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor.

Yang masih belum selesai melibatkan kawasan seperti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram, Kuala Selangor yang memerlukan pertimbangan rapi antara kedua-dua parti itu.

Pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, selain daripada itu bagi bahagian Selangor utara iaitu dari Parlimen Sabak Bernam hingga ke Kapar selesai pengagihannya.

“Ini menunjukkan kelicinan kita dalam pembahagian kerusi di Selangor utara yang dikatakan kubu kuat Perikatan Nasional. Jadi, saya rasa mempunyai potensi untuk menang yang besar,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pengenalan Pembangunan Kawasan Sabak Bernam, hari ini.

Beliau menjelaskan, mesyurat PH pada Rabu lalu memuktamadkan pendirian PH dan hanya menunggu keputusan perbincangan antara Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi).

Dalam pada itu, Amirudin yang juga Naib Presiden PKR memaklumkan, beliau sudah mempersembahkan cadangan tarikh-tarikh pembubaran DUN kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam pertemuannya, baru-baru ini.

Menurutnya lagi, beliau juga akan merujuk kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menghadap Sultan Selangor, baru-baru ini.

“Namun kuasa (memohon pembubaran DUN) masih Menteri Besar. Kita sudah ada beberapa option tarikh dan yang pastinya kita akan cuba buat sebelum 25 Jun ini yang merupakan tarikh automatik bubar dun.

“Yang mohon Menteri Besar dan yang lulus atau perkenankan adalah Tuanku (Sultan Sharafuddin). Kedua-duanya belum berlaku. Jadi apa-apa tarikh adalah bayangan atau tak betul,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.