Jalan-jalan utama di Meru dilanda banjir kilat

Jalan-jalan utama di Meru dilanda banjir kilat

Meru banjir kilat
SEBUAH kereta terkandas akibat termasuk ke dalam longkang selepas laluan dekat susur dari Lebuhraya Setia Alam menghala ke Meru dilanda banjir kilat, di Klang, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Hujan berterusan sejak pagi tadi menyebabkan jalan-jalan utama di sekitar Meru, di sini dilanda banjir kilat.

Antara laluan yang dinaiki air ialah Persiaran Hamzah Alang berhampiran Pekan Meru, persimpangan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE), Jalan Abdul Manan serta susur dari Lebuhraya Setia Alam menghala ke Meru berhampiran Klang Sentral.

Malah, terdapat beberapa rumah di Taman Meru Indah di Persiaran Hamzah Alang turut dimasuki air.

Di susur selepas Lebuhraya Setia Alam terdapat sebuah kereta terkandas akibat termasuk ke dalam longkang apabila selekoh di bawah jejambat depan sebuah pasar raya dinaiki air.

Bagaimanapun, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara ketika dihubungi memaklumkan banjir di laluan tersebut sudah pun surut dan kembali selamat untuk dilalui oleh semua kenderaan.

Tinjauan sementara itu tinjauan paras air di Sungai Damansara mendapat tiada sebarang tanda amaran atau bahaya dilaporkan. Bagaimanapun, Sungai Binjai di Pekan Meru menunjukkan paras bahaya iaitu 4.05 meter berbanding normal 3.80. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN