Pentadbir universiti harus memiliki kompetensi - Utusan Malaysia

Pentadbir universiti harus memiliki kompetensi

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail pada Majlis Santapan Budi Gemilang MASTI di Kangar, Perlis semalam.-UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru agar pentadbir universiti harus memiliki beberapa kompetensi yang seiring dengan keperluan semasa.

Titah baginda, perkhidmatan kelas pertama disandarkan kepada para pentadbir untuk melaksanakan proses penyampaian yang berteraskan kepada sumber manusia yang kompeten.

“Disamping itu, kecemerlangan universiti juga bergantung kepada kecekapan pihak pengurusan dalam mentadbir dasar dan proses kerja di semua peringkat organisasi. 

“Kecekapan urus tadbir dan memperkasakan kualiti penyampaian yang cemerlang mampu mencernakan kebolehupayaan perkhidmatan yang jitu sekali gus melonjak prestasi organisasi,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada majlis Santapan Budi Gemilang Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI) di sini, semalam.

Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama, Presiden MASTI, Raja Shah Erman Raja Arifin

Majlis Santapan Budi Gemilang MASTI itu diadakan sempena Mesyuarat Agung Tahunan MASTI kali ke-11, International Seminar On University Management (ISUM III) & International Volunteerism & Corporate Responsibility (iVCORE II) berlangsung di Universiti Malaysia Perlis (Unimap) dan juga Thailand bermula 21 hingga 25 Jun 2023.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya