Pemenang AGT masuk hospital kerana sakit misteri - Utusan Malaysia

Pemenang AGT masuk hospital kerana sakit misteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Pemenang America’s Got Talent (AGT) musim ke-5, Michael Grim, 44, dimasukkan ke hospital sejak 29 Mei lalu akibat penyakit misteri.

Khabar duka itu dikongsikan isterinya, Lucie Zolvera-Grimm menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram penyanyi berkenaan semalam.

Menurut Lucie, suaminya kini diletakkan di bawah pemantauan rapi dan diberi suntikan sedatif.

Dalam penerangan panjang lebar itu juga, Wanita tersebut pada awal menyangka suaminya diserang strok.

“Tetapi itu bukan halnya. Dia sebelum ini menunjukkan tanda-tanda perubahan seperti tidak bermaya dan sukar menghabiskan persembahannya. Ada ketika dia seperti sukar berjalan.

“Dia dikejarkan ke hospital apabila kesihatannya merosot. Tekanan darahnya meninggi mengakibatkan dia dipantau di unite rawatan rapi (ICU).

“Namun keadaannya kini terkawal dan dia tidak lagi perlu menggunakan alat bantuan pernafasan meskipun masih dirawat dengan sedatif,” katanya.

Kata Lucie lagi, suaminya masih terlantar di hospital ketika ini dan perlu menjalani rawatan berkala untuk sembuh.

“Dia perlu menjalani terapi fizikal . Keadaannya semakin baik, hanya masa yang akan menentukan,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya