Peluang kedua pelajar tercicir SPM, KPM tiada halangan - Utusan Malaysia

Peluang kedua pelajar tercicir SPM, KPM tiada halangan

SPM
FADHLINA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Kementerian Pendidikan (KPM) tidak mempunyai halangan untuk memberi peluang kedua kepada pelajar atau mana-mana pihak bagi menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti disarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, selain peluang kedua, kementeriannya juga sedang membuat tawaran kepada pelajar yang mendapat keputusan kurang memuaskan untuk cuba menceburi bidang lain termasuk Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

“Peluang sentiasa dibuka sebab itu kita terus sambut apa yang Perdana Menteri sebut semalam soal peluang kedua, soal menduduki (SPM) semula kita akan bantu.

“Soal untuk menentukan halatuju, bimbingan dan kaunseling kita akan bantu dan kemudahan sokongan kalau mereka memerlukan apa-apa sokongan lain. Barang kali kewangan, halatuju dan melihat kepada setiap kes, apa yang kita boleh bantu di peringkat ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Karnival Perpaduan Madani 2023 Sempena ‘Top 10 World’s Best School Prizes’, hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, kerajaan perlu mengenal pasti kira-kira 30,000
pelajar yang tercicir dari Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) supaya mereka boleh diserap ke mana-mana program latihan sedia ada.

Ketika ini dianggarkan 30,000 pelajar tidak menghadiri peperiksaan SPM dan perlu hidup tanpa sijil minimum yang diperlukan untuk memohon pelbagai jawatan termasuk dalam kerajaan.

Dalam pada itu, Fadhlina menjelaskan banyak bantuan dan bimbingan diberikan kepada golongan tercicir selain daripada memberi peluang kedua untuk menduduki peperiksaan SPM>

“Dalam sistem pengesanan kita di peringkat KPM, kita ada sistem pengesanan golongan ini untuk dua tahun dalam radar kita. Jadi dalam tempoh dua tahun itu sekurang-kurangnya kita boleh membuat intervensi pelbagai.

“Saya bagi contoh memperkukuhkan Tingkatan 6 khususnya pelajar B40 untuk sambung pelajaran di peringkat itu, TVET dan menduduki semula (subjek tertentu) jika ada pelajar yang ingin berbuat demikian,”katanya.

Tambahnya lagi, beliau berharap yayasan-yayasan negeri dapat membantu golongan tercicir untuk memastikan mereka menggunakan peluang kedua tersebut sebaiknya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya