Pelajar USAS ditemukan mati lemas di air terjun - Utusan Malaysia

Pelajar USAS ditemukan mati lemas di air terjun

ANGGOTA bomba mengangkat mayat pelajar USAS yang dipercayai mati lemas di air terjun Batu Hampar dekat Kuala Kangsar. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Kegembiraan 11 pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) mandi di Air Terjun, Batu Hampar di sini hari ini, berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka ditemukan mati lemas.

Mangsa dikenali sebagai Muhamad Arif Arsyad Md Salleh berusia 23 tahun yang beralamat di Shah Alam, Selangor.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar, Ahmad Izuwan Zakaria berkata, maklumat kejadian itu diterima pihaknya pada pukul 11.19 pagi.

Katanya, setibanya di lokasi kejadian, didapati terdapat seorang lelaki terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai lemas.

“Mangsa telah dibawa rakan-rakannya naik ke tebing kira-kira 20 minit sebelum ketibaan pasukan bomba.

“Anggota kemudiannya memberi bantuan pernafasan (CPR) kepada mangsa sebelum menyerahkannya kepada pihak ambulans untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pelajar itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Kangsar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.