PAU: ‘Hentikan sindir-menyindir'

PAU: ‘Hentikan sindir-menyindir’

SEMUA pemimpin UMNO digesa menghentikan sindiran kepada bekas pemimpin dan ahli UMNO termasuk membabitkan mereka yang banyak jasa kepada parti berkenaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO menyeru bekas pemimpin yang meninggalkan parti itu untuk kembali bersama dan memperkukuhkan UMNO.

Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, parti itu kini berada pada tahap lebih rendah dan sudah tidak lagi mampu berpecah ia menjadi faktor kekalahan pada pilihan raya lalu.

Malah beliau menggesa semua pemimpin UMNO supaya menghentikan segala sindiran kepada bekas pemimpin dan ahli UMNO termasuk membabitkan mereka yang banyak jasa kepada parti berkenaan.

“Semua orang sayangkan UMNO, yang jauh kita rapatkan, yang terguris kita tautkan, yang merajuk kita pujuk, yang dekat luar marilah kita masuk semula.

“UMNO tidak mamu berpecah, UMNO tidak mampu bertelagah, jangan kita sindir ahli-ahli parti di luar. Jangan kita perkecilkan mereka di luar, mereka juga mempunyai jasa kepada parti. Ini tugas kita membawa mereka kembali dan bantu UMNO, rapatkan saf kita,” katanya semasa ucapan dasar Ketua Pemuda UMNO di Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTKCL) di sini hari ini.

Menyentuh konteks hala tuju UMNO, Dr. Muhamad Akmal berkata, meskipun parti itu mempunyai calon berkualiti, sebaliknya tewas kepada konteks penjenamaan.

Beliau mengambil contoh teori ekonomi hubungan antara permintaan dan penawaran dengan UMNO dilihat syok sendiri berhubung perkara itu.

“Pun begitu, ia bukan bererti kita mandul dalam memberikan supply. UMNO sebenarnya masih mempunyai kualiti untuk menyediakan penawaran kepada rakyat. Di hadapan saya inilah, supply yang UMNO ada kepada rakyat. 

“Rumah Pemuda UMNO sentiasa melahirkan pemimpin-pemimpin yang berwibawa. Tetapi walau sebagus mana pun kualiti supply yang kita ada, ia hanya sia-sia jika tiada demand dari rakyat jelata,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya