SHAH ALAM: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor akan memperkenalkan Program Peduli Rakyat 2.0 yang memfokuskan subsidi pengangkutan, skim perlindungan rakyat dan keselamatan makanan sekiranya berjaya menguasai pentadbiran negeri itu. Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, tawaran itu merupakan antara resolusi utama Konvensyen Bersatu Selangor. “Bersatu Selangor akan menyediakan pelbagai tawaran baharu kepada seluruh rakyat negeri itu termasuk Bumiputera, bukan Bumiputera, wanita, kumpulan…










