SHAH ALAM: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menggalas tugas sebagai Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) lebih baik berbanding penyandang terdahulu, luah Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Presiden Bersatu itu berkata, Mohamed Azmin kerap hadir ke pejabatnya untuk berbincang mengenai parti.
“Datuk Azmin punya standard mana rendah, sejak saya lantik beliau jadi Setiausaha Agung, dia datang pejabat (saya sekurang-kurangnya) satu minggu (sebanyak) tiga kali.
“Yang ‘orang lama’ seminggu pun susah sekali nak datang, bukan nak mengata tetapi itu fakta,” katanya ketika berucap di Konvensyen Bersatu Selangor di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini hari ini.
Muhyiddin dipercayai merujuk kepada Datuk Seri Hamzah Zainudin yang pernah menggalas tanggungjawab sebagai Setiausaha Agung sehingga Oktober 2024, sebelum diangkat ke jawatan Timbalan Presiden dan dipecat.-UTUSAN










