PARLIMEN: JKPK rujuk RUU Kawalan Merokok buat kali kedua

PARLIMEN: JKPK rujuk RUU Kawalan Merokok buat kali kedua

DR. ZALIHA Mustafa
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 akan dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan (JKPK) buat kali kedua.

Sebelum ini, ia dibentangkan Menteri Kesihatan ketika itu, Khairy Jamaluddin pada tahun lalu.

Memaklumkan perkara itu, Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, beliau mengambil maklum respons mengenai RUU berkenaan daripada ahli Parlimen, badan profesional dan badan bukan kerajaan (NGO) serta sesi libat urus yang diadakan pada 6 Mac lalu.

“Adalah penting untuk RUU ini mendapat sokongan tidak berbelah bahagi daripada semua pihak,” katanya semasa membentangkan RUU itu untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Undang-undang dicadangkan bertujuan mengharamkan penggunaan, pembelian dan penjualan rokok dan produk vape kepada mereka yang dilahirkan selepas 2007.

Pada 26 Mei lalu, Dr. Zaliha menyifatkan perkara itu kejayaan Kementerian Kesihatan (KKM) apabila mendapat sokongan Kabinet untuk RUU terbabit dibentang.

Pada sesi taklimat bersama media 6 Jun pula, beliau berkata, KKM telah memasukkan semua 23 cadangan pindaan terdahulu serta lima cadangan baharu.

Lantas katanya, RUU itu disifatkan lebih komprehensif dan meliputi bukan sahaja rokok konvensional tetapi juga rokok alaf baharu termasuk elektronik serta rokok combustible. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN