PAC kesal saksi dedah inti pati LCS pada media

PARLIMEN: PAC kesal saksi dedah inti pati LCS pada media

KERATAN Utusan Malaysia keluaran 12 Jun berhubung isu kapal tempur pesisir (LCS) yang didedahkan oleh saksi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) kesal dengan tindakan saksi yang dipanggil berhubung isu berkaitan kapal tempur pesisir (LCS) dengan mendedahkan intipati prosiding kepada media.

Pengerusinya, Datuk Seri Mas Ermieyati Samsudin berkata, perkara itu bercanggah dengan peraturan Dewan Rakyat, malah pendedahan secara terbuka juga berisiko mengganggu siasatan.

“PAC memandang serius terhadap artikel Utusan Malaysia bertarikh 12 Jun 2023 yang bertajuk ‘Kurangkan kapal LCS jimat kos – Saksi’ yang menyatakan kerajaan mengambil keputusan mengurangkan pembinaan LCS daripada enam kepada lima buah atas alasan menjimatkan kos.

“Artikel ini jelas melanggar Peraturan Mesyuarat 85 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat (PM 85) yang jelas menyatakan bahawa, keterangan yang diambil di hadapan sesebuah Jawatankuasa Khas Pilihan dan apa-apa surat dikeluarkan kepadanya tidak boleh disiarkan oleh sesiapa ahli jawatankuasa itu, atau oleh sesiapa jua, sebelum jawatankuasa itu membawa penyata itu kepada majlis.

“Saya amat kesal dengan artikel berkenaan kerana ia jelas dapat mengganggu siasatan, rumusan serta syor PAC bagi prosiding ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, pihaknya sudah menghantar aduan mengenai perkara itu kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

“Saya sudah menulis surat kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul bagi memaklumkan mengenai pelanggaran PM 85 dan memohon panduan daripada beliau berhubung isu ini,” jelasnya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya