BALING: Seorang anak tidak menyangka mimpi mengenai kemalangan yang menimpa keluarganya menjadi kenyataan apabila empat ahli keluarga termasuk ibunya maut dalam nahas di Jalan Kulim-Baling, Padang Meha di Kulim, kelmarin. Omar Ali, 19, berkata, ketika berada di asrama sekolah tiga hari lalu, dia bermimpi keluarganya mengalami kemalangan dan kesemuanya maut dalam tragedi itu. “Ketika tidur malam itu, emak (Rosnah Mokhtar), kakak (Kamilah Ali), abang ipar (Mohd. Izham Johar) dan anak…










