MB Terengganu tidak mahu layan Ahmad Said ajak debat - Utusan Malaysia

MB Terengganu tidak mahu layan Ahmad Said ajak debat

AHMAD Samsuri Mokhtar (kiri) memperkatakan sesuatu kepada Rafizi Ramli pada majlis Sesi Libat Urus Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) Kementerian Ekonomi Bersama Kerajaan Terengganu di Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar tidak mahu melayan permintaan Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said untuk berdebat berhubung isu dakwaan penjualan tanah kerajaan negeri kepada sebuah badan bukan kerajaan (NGO) pada harga lebih murah.

Naib Presiden Pas itu berkata, beliau tiada keperluan untuk berdebat dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal berhubung dakwaan tersebut.

Pada masa sama, katanya, beliau juga tidak mahu terikut dengan perancangan yang diatur  pemimpin UMNO itu.

“Tak ada keperluan untuk kita berdebat (isu penjualan tanah) dan saya tak akan ikut ‘game plan’ dia (Ahmad). Buat apa saya nak ikut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Sesi Libat Urus Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) Bersama Kerajaan Terengganu di sini, hari ini 

Turur hadir ialah Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Dalam pada itu, Ahmad Samsuri berkata, beliau sedia memberi keterangan kepada pihak berkuasa sekiranya dipanggil untuk membantu siasatan dakwaan tersebut.

Kelmarin Utusan Malaysia melaporkan, Ahmad mencabar Ahmad Samsuri berdebat isu penjualan tanah kerajaan negeri kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan harga murah.

Bekas Menteri Besar Terengganu itu memberitahu, penjualan tanah seluas 11,299 meter persegi tersebut salah kerana harga semasa tanah itu adalah RM29 juta tetapi dijual pada harga  RM550,000 sahaja. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya