Malaysia negara ke-27 ekonomi paling kompetitif dunia - Utusan Malaysia

Malaysia negara ke-27 ekonomi paling kompetitif dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia menduduki tempat ke-27 dalam ekonomi paling kompetitif di dunia iaitu naik lima tangga daripada kedudukan ke-32 pada tahun lalu.

Menurut Kedudukan Daya Saing Dunia (WCR) IMD 2023, Malaysia menunjukkan peningkatan prestasi dalam beberapa bidang utama iaitu dari segi harga di bawah sektor prestasi ekonomi, dasar percukaian di bawah sektor kecekapan kerajaan serta infrastruktur asas dan teknologi di bawah sektor infrastruktur.

Sebaliknya terdapat beberapa bidang yang kurang menyerlah iaitu perundangan perniagaan dan rangka kerja kemasyarakatan di bawah sektor kecekapan kerajaan serta produktiviti dan kecekapan di bawah sektor kecekapan perniagaan.

Diterbitkan oleh Pusat Daya Saing Dunia (WCC) IMD, WCR 2023 ialah edisi ke-35 bagi ranking dan laporan tahunan, meliputi 64 ekonomi global. IMD bekerjasama dengan Perbadanan Produktiviti Malaysia untuk menilai prestasi negara.

WCR 2023 menamakan Denmark, Ireland dan Switzerland sebagai tiga negara teratas dalam kalangan 64 ekonomi yang diukur untuk daya saing global.

Pengarah WCC, Prof Arturo Bris berkata, ranking 2023 juga menyerlahkan ekonomi yang lambat dibuka selepas pandemik Covid-19 mula melihat peningkatan dalam daya saing mereka seperti Thailand, Indonesia dan Malaysia.

Namun beliau berkata, negara yang awal membuka ekonomi selepas pandemik kini mula menyaksikan penurunan seperti Sweden dan Finland.

Katanya, Eropah masih cemerlang dalam ranking, seperti pada 2022, dengan lima ekonomi berada dalam 10 kedudukan teratas.

Beliau menambah, ekonomi paling berdaya saing juga cenderung mempunyai institusi yang kukuh dan cekap.

“Keupayaan sesebuah negara untuk menjana kemakmuran rakyat adalah penentu utama kejayaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya