Lima cedera dalam kemalangan tiga kereta

Lima cedera nahas tiga kereta

poster kemalangan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lima individu cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 18 Jalan Rasa-Bukit Beruntung, di sini semalam.

Kejadian pukul 4.45 petang itu membabitkan kereta Toyota Camry, Proton Saga dan Perodua Bezza.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata, dalam kemalangan itu, pemandu Toyota Camry dibawa ke Hospital KPJ Rawang manakala pemandu Proton Saga dibawa ke Hospital Selayang.

“Mangsa Perodua Bezza yang membabitkan pemandu dan dua penumpang turut dibawa ke Hospital Selayang.

“Bagaimanapun, maklumat kesemua mangsa belum diperolehi kerana mereka masih mendapatkan rawatan di hospital,” katanya dalam kenyataan hari inu. 

Ahmad Faizal berkata, setakat ini kesemua mangsa belum hadir membuat laporan.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya