EMPAT puluh tahun bukan tempoh yang singkat. Dalam tempoh itulah isu etnik Rohingya yang bertumpang teduh di negara ini terus berulang menjadi polemik tanpa penghujung.
Ia bukan lagi sekadar soal pelarian atau kemanusiaan, sebaliknya berkembang menjadi tanya tanya tentang keupayaan negara mengurus krisis yang kian kompleks.
Bermula kira-kira 10,000 pada tahun 70-an, kini jumlah pelarian Rohingya di Malaysia dianggarkan melebihi 215,000 orang dengan 126,144 daripadanya berdaftar dengan Malaysia dan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).
Dasar Myanmar yang tidak mengiktiraf Rohingya sebagai warganegara menyebabkan mereka hidup tanpa kerakyatan, dinafikan hak pendidikan, pekerjaan dan kebebasan bergerak. Konflik bersenjata di Rakhine, memaksa ramai mencari perlindungan di negara jiran termasuk Malaysia. Inilah puncanya, kita terpaksa menerima mereka.
Begitupun, rasa simpati sahaja tidak boleh mengatasi keperluan untuk bertindak secara realistik. Kebimbangan rakyat terhadap peningkatan populasi Rohingya juga amat wajar berikutan tekanan terhadap peluang pekerjaan, kemudahan awam dan aspek keselamatan tidak boleh dipandang ringan.
Apa yang membimbangkan, kehadiran mereka tidak lagi bersifat sementara apabila muncul generasi kedua dan ketiga yang membesar di Malaysia tanpa status yang jelas. Ada dalam kalangan mereka membina kehidupan kekal, sekali gus mewujudkan persoalan besar tentang hala tuju dasar negara terhadap etnik ini.
Pendedahan mengenai petisyen Remove Rohingya from Malaysia telah membawa kepada isu perkampungan Rohingya di Sungai Tekali. Ia membuka mata masyarakat yang banyak perkara berlaku tanpa kita disedari. Ada pihak mengaut keuntungan di sebalik isu ini.
Jika tidak kerana tekanan rakyat, mungkin kita terus tidak mengetahui kewujudan pelbagai lompong dalam sistem pengurusan sedia ada.
UNHCR dilihat gagal berkongsi pelan jangka panjang yang lebih jelas kepada negara perlindungan sementara, yang mengakibatkan negara menjadi terlalu bergantung kepada mekanisme yang tidak benar-benar menyelesaikan masalah.
Kelemahan perkongsian data dan akses biometrik antara pihak berkuasa dengan UNHCR ini membuka ruang kepada penyalahgunaan.
Kewujudan sindiket yang dipercayai menawarkan kad palsu menyebabkan masyarakat semakin keliru terhadap status sebenar pemegang dokumen tersebut.
Negara mesti ada dasar pelarian yang lebih tersusun seperti penempatan khas, sistem pemantauan lebih ketat, pendidikan asas, latihan kemahiran serta penguatkuasaan terhadap sindiket pemerdagangan manusia perlu dipertimbangkan secara serius.
Mungkin inilah kesilapan terbesar kita selama ini. Terlalu lama mengambil mudah sehingga isu yang kecil berkembang menjadi semakin rumit.
Akhirnya, kita bukan sahaja tiada jawapan, malah hilang arah untuk kembali kepada punca sebenar masalah.
Membangkitkan isu ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail baru-baru ini mengingatkan bahawa Malaysia tidak boleh sewenang-wenangnya mengusir pelarian Rohingya kerana pertimbangan kemanusiaan, keselamatan dan tanggungjawab antarabangsa.
Namun, atas nama kemanusiaan juga, negara memerlukan keberanian politik untuk membuat keputusan yang tegas, jelas dan berpandangan jauh.
Jika tidak, empat dekad akan datang mungkin menyaksikan perdebatan yang sama, dengan angka yang jauh lebih besar tetapi penyelesaian yang masih belum ditemui. – UTUSAN
Nor Afzan Mohamad Yusof, Pengarang Berita, Utusan Malaysia
Rohingya: Kita sudah hilang arah?

Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved