WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump melempar kritikan terbuka terhadap taktik ketenteraan Israel di Lubnan yang menyasarkan pejuang Hizbollah, menegaskan tentera rejim tidak perlu memusnahkan keseluruhan bangunan pangsapuri semata-mata untuk memburu anggota kumpulan itu. Trump sejak beberapa hari lalu menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap serangan Israel di Beirut yang dikhuatiri boleh menjejaskan usaha memuktamadkan perjanjian damai dengan Iran. Menurut Reuters, beliau turut menegaskan Israel sudah terlalu lama berperang…










