Lembu mati dipercayai diserang harimau - Utusan Malaysia

Lembu mati dipercayai diserang harimau

KEADAAN lembu yang mati dipercayai diserang harimau yang ditemukan di Kampung Chepor, Lenggong Isnin lalu. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LENGGONG: Bangkai lembu dipercayai diserang binatang buas dengan kesan gigitan dan cakar ditemukan penduduk di Kampung Chepor di sini kelmarin.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff berkata, binatang buas itu dipercayai harimau berdasarkan kesan tapak kaki yang dijumpai di kawasan berkenaan.

Katanya, setakat ini pihaknya percaya hanya seekor harimau berkeliaran di lokasi tersebut.

“Sehingga kini, kita hanya menerima satu aduan berkaitan ternakan penduduk diserang binatang buas.

“Berdasarkan penemuan tapak kaki, kita percaya milik harimau dan seekor sahaja yang disyaki berkeliaran di kawasan itu. Bagaimanapun, jumlah sebenar haiwan liar itu akan diketahui menerusi tiga ‘camera trap’ yang telah pun dipasang,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, perangkap akan pasang di kawasan yang dikenal pasti sebagai langkah alternatif mengurangkan risiko serangan terhadap ternakan penduduk.

Katanya, bagi menjamin keselamatan, penduduk setempat juga dinasihatkan agar tidak bersendirian ke kebun atau hutan ketika awal pagi dan lewat malam.

“Penduduk juga dinasihatkan agar memasukkan ternakan mereka di dalam kandang. Kawalan akan terus dijalankan di sekitar lokasi dikenal pasti sehingga keadaan selamat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya