Lelaki kelar diri selepas ditegur isteri beli jam tangan mewah

Lelaki kelar diri selepas ditegur isteri beli jam tangan mewah

HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gara-gara ditegur membazir wang membeli hadiah seutas jam tangan mewah menyebabkan seorang lelaki mengelar dirinya sendiri menggunakan kaca di kediaman mereka di Damansara di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam itu, telah berlaku pertengkaran di antara lelaki berkenaan dan isterinya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya kemudian menerima maklumat mengenai seorang lelaki mengelar diri sendiri dengan kaca sehingga berlaku pendarahan yang banyak pada tangan dan lehernya di rumah.

Menurutnya, isteri menyatakan mangsa membelikan hadiah jam tangan dan isteri menegurnya agar tidak berbelanja lebih.

“Ini menyebabkan mangsa marah dan memecahkan balang kaca serta mengambil serpihan kaca sebelum kelar pergelangan tangan kiri dan leher,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa dipercayai mempunyai masalah kesihatan dan serta pernah mengugut akan mencederakan dirinya.

“Mangsa keluar dari hospital semalam dan menerima jahitan di pergelangan tangan kiri dan di leher.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan. Tiada tangkapan setakat ini,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya