KPDN serbu kedai letak syarat beli gula

KPDN serbu kedai letak syarat beli gula

SYARAT dikenakan sebuah premis perniagaan yang mewajibkan pelanggan membeli gula putih umum untuk pembelian gula pasir kasar di Hutan Kampung, Alor Setar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Gara-gara menjual gula pasir kasar secara bersyarat kepada pelanggan, sebuah premis perniagaan diserbu penguat kuasa Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah di Hutan Kampung, di sini semalam.

Pengarah Pejabat KPDN Kedah, Affendi Rajini Kanth berkata, pasukan pegawai penguat kuasa melakukan pemeriksaan di premis itu kira-kira pukul 11 pagi hasil daripada aduan orang awam dengan melakukan penyamaran.

“Salah seorang pegawai penguat kuasa menyamar sebagai pembeli dengan berpakaian preman di premis berkenaan untuk membeli gula pasir kasar yang berharga RM2.85 sebungkus.

“Hasil penyamaran mendapati premis itu mensyaratkan setiap pembelian dua kilogram (kg) gula pasir kasar berharga RM2.85 sebungkus oleh pelanggan perlu diikuti dengan pembelian 1kg gula putih premium yang berharga RM4.60 sebungkus,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambahnya, peniaga berkenaan didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana mengenakan syarat tanpa kebenaran Pengawal Bekalan. 

“Pegawai penguat kuasa seterusnya bertindak menyita 10kg gula pasir kasar dan 14kg gula pasir super premium untuk siasatan lanjut. Nilai rampasan keseluruhan adalah sebanyak RM64.40 dan kes disiasat di bawah Seksyen 19 Akta Kawalan Bekalan 1961,” jelasnya. 

Tambah Affendi, KPDN Kedah memberi amaran kepada peniaga supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan yang sedang dikuatkuasakan.

“Para peniaga diingatkan supaya tidak mengenakan apa-apa syarat bagi pembelian barang kawalan dan tidak menyorok barang kawalan bagi mengelak dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.