Kerajaan perlu bantu tadika swasta, jamin kualiti pendidikan awal - Utusan Malaysia

Kerajaan perlu bantu tadika swasta, jamin kualiti pendidikan awal

Tadika
ASMA’ Harun (kiri) menerima anugerah Ikon PTSS daripada Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Pendidikan Swasta Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Selangor, Dr. Zahri Ramlan di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan disaran membantu tadika dan taska swasta seperti menyeragamkan kutipan yuran bagi memastikan jumlah yang dikenakan kepada ibu bapa tidak membebankan dalam masa sama menjamin kualiti pendidikan awal kanak-kanak.

Yuran pendidikan awal kanak-kanak perlu selaras dengan tugas dan tanggungjawab mendidik anak-anak dan bersesuaian dengan beban dipikul oleh guru serta pengasuh.

Menurut pendakwah dan penceramah, Asma’ Harun, beliau berhasrat bertemu Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek perusahaan sekolah berkenaan memerlukan kedudukan kewangan yang baik dan kukuh supaya kualiti penyampaian pendidikan dapat dipastikan.

“Jika tadika swasta tidak mempunyai kewangan yang kukuh sudah pasti isu tangkap muat kakitangan pusat pendidikan terus menjadi bualan. Kita tidak mahu pendidik tidak kompeten dan bersikap mendera terus berulang.

“Justeru, saya berharap dapat mengutarakan isu yuran tadika swasta yang lebih sesuai dengan beban tanggungjawab mendidik anak-anak kecil kepada pihak kerajaan, bila bertemu dengan pihak menteri kelak,” selepas menerima Anugerah Ikon Pusat Tadika Swasta Selangor (PTSS) sempena Hari Apresiasi PTSS, hari ini.

Mengulas mengenai anugerah tersebut beliau memaklumkan berkata ia bukan sekadar satu pengiktirafan tetapi tanggungjawab besar bagi dirinya untuk memastikan sektor pendidikan awal atau kanak-kanak dimartabatkan sebagai pendidikan utama di negara ini.

Dalam pada itu, Asma’ turut memaklumkan pertemuan empat mata yang diharapkan itu akan dimanfaatkan bagi berkongsi idea mengenai strategi dan perkembangan pendidikan awal atau tadika sebagai fasa terpenting dalam hidup kanak-kanak.

Menurutnya, kelas tadika ibarat batu asas pendidikan yang perlu diperkukuhkan dalam membentuk adab dan akhlak anak-anak sebelum mereka menyambung pengajian di sekolah kebangsaan.

“Saya berhasrat untuk berkongsi demi kebaikan generasi muda kita. Pusat tadika ibarat akar yang perlu dimantapkan dan jika ia lemah ranting, dahan dan pohon tidak mampu bertahan.

“Menteri Pendidikan sebagai seorang wanita dan juga ibu sudah pasti ingin memastikan anak-anak di tadika dilengkapkan dengan ilmu akhlak dan agama Islam yang syumul,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya