Keputusan Injunksi inter-parte Puteri Sarah, Syamsul 14 Ogos - Utusan Malaysia

Keputusan Injunksi inter-parte Puteri Sarah, Syamsul 14 Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam telah memutuskan tarikh keputusan bagi kes Injunksi inter-parte pengarah Syamsul Yusof, 39, dan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana, 38, akan berlangsung pada 14 Ogos ini.

Dalam prosiding inter-parte itu nanti, hakim Syarie Abdul Halim Abdullah akan meneliti alasan yang dikemukakan kedua belah pihak bagi memutuskan sama ada injunksi akan dikekalkan atau diketepikan sehingga keputusan akhir.

Menurut peguam mewakili Puteri Sarah Liyana, Datuk Akberdin Abdul Kadir, anak guamnya akan memasukkan hujah sebelum 14 Ogos.

Perkara itu turut disahkan oleh peguam syarie Azmi Mohd. Rais yang mewakili Syamsul ketika ditemui Utusan Malaysia hari ini.

“Pada masa sama, mahkamah turut membenarkan injunksi dilanjutkan sehingga 14 ogos ini dan pada tarikh itu kedua-dua pihak (Syamsul dan Puteri Sarah),” kata Azmi.

Dalam tempoh itu, Puteri Sarah pihak dilarang daripada memuat naik, mengeluarkan, menulis, menerbit, menyebarkan apa-apa berhubung kes cerai dan nusyuz pasangan itu dalam apa jua bentuk media.

Walau bagaimanapun Puteri Sarah dan Syamsul tidak hadir ke mahkamah pada hari ini.

Terdahulu, pada 25 Mei lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam meluluskan pemohonan melanjutkan injunksi (ex-parte) yang dibuat oleh Syamsul Yusof sehingga 8 Jun ini.

Injunksi yang dimohon pengarah tersebut adalah bertujuan menghalang Sarah mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai kemelut rumah tangga mereka di media sosial, media cetak mahupun media dan media elektronik.

Hakim Syarie Abdul Halim Abdulllah bagaimanapun memerintahkan agar kes didengar secara inter-parte (kedua-dua pihak).

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah, 38, bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5 tahun.

Kemelut rumah tangga mereka masih belum berkesudahan selepas Syamsul enggan melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah pada 18 April lalu.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

BERITA BERKAITAN