Imigresen AS tembak mati imigran - Utusan Malaysia

Imigresen AS tembak mati imigran

LOKASI seorang imigran ditembak oleh anggota imigresen. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pegawai imi­gresen Amerika Syarikat (AS) pada Isnin menembak mati seorang lelaki yang dikenal pasti oleh kumpulan hak asasi sebagai warga Colombia berusia 26 tahun. 

Ia merupakan satu insiden yang dijangka mencetuskan lebih banyak kritikan terhadap usaha Presiden Donald Trump memperhebat pengusiran pendatang.

Kejadian itu berlaku di Biddeford, sebuah bandar berpenduduk kira-kira 22,000 orang di negeri Maine, utara AS. Ia berlaku seminggu selepas seorang ejen Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam (ICE) menembak mati seorang lelaki warga Mexico di Texas.

Pejabat Peguam Negara Maine berkata, laporan awal menunjukkan seorang pegawai ICE sedang menjalankan operasi penguatkuasaan berkaitan perintah pengusiran muktamad. Ketika itu,  imigran terbabit didakwa cuba melarikan diri dengan memandu kenderaan ke arah pegawai tersebut sebelum ditembak mati.

Menurut pejabat itu, pegawai berkenaan akan digantung tugas mengikut prosedur standard yang dilaksanakan selepas insiden tembakan tersebut. Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) sebelum itu turut memaklumkan bahawa pihaknya sedang menjalankan siasatan.

Daniel Boucher, 71, memberitahu AFP bahawa beliau terdengar beberapa das tembakan sebelum melihat ejen-ejen ICE mengeluarkan seorang individu dari sebuah kereta putih dengan kepala dan muka berlumuran darah.

Kumpulan pem­bela pen­datang, Presente Maine  berkata, lelaki itu mempunyai kebenaran untuk bekerja di AS.

“Kami tidak akan mem­biarkan kematian ini hanya menjadi catatan kecil dalam statistik penguatkuasaan pentadbiran ini,” kata Pengarah Eksekutif Presente Maine, Crystal Cron. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN