Usaha menyantuni golongan yang memerlukan diteruskan lagi menerusi program Jasmine Project Love musim ketiga.
Untuk edisi kali ini, sumbangan bernilai RM192,000 disalurkan kepada 24 keluarga terpilih bagi meringankan beban mereka.
Disokong sepenuhnya oleh Jasmine Food, musim ketiga ini menampilkan sebanyak 24 episod yang mengetengahkan kisah sebenar keluarga daripada pelbagai latar belakang.
Menerusi program itu, barisan hos terdiri daripada Owen Yap, Chan Wei Wei, Tan Chia Yong, Desmond Tey, Jan Chin dan Soh Chin Chuan menjelajah ke seluruh negara untuk mendekati golongan itu dan berkongsi kisah ketabahan mereka kepada penonton.
Selain mengetengahkan kisah masyarakat akar umbi, program berkenaan turut menjadi platform menghubungkan orang ramai dengan usaha kebajikan melalui sumbangan kepada keluarga yang memerlukan.
Dalam majlis itu, sijil penghargaan turut disampaikan kepada beberapa pertubuhan kebajikan antaranya Pertubuhan Kebajikan Kasih Sayang dan Jagaan Malaysia, Rumah Charis, Tasputra Perkim, Persatuan Kebajikan Anak-Anak Istimewa Selangor (Orkids), Persatuan Rumah Caring Kajang Selangor, Persatuan Kebajikan Talian Hayat Kehidupan Malaysia, CCEP Foundation dan Pertubuhan Makanan Kebahagiaan (Blisstifood).
Kesemua episod Jasmine Project Love musim ketiga boleh distrim semula menerusi platform Tonton.










