Jangan tipu pak Arab jika mahu berjaya dalam perniagaan

Jangan tipu pak Arab jika mahu berjaya

Siti Norwahidah menunjukkan sejadah raudah yang dijual kepada rakyat Malaysia ketika ditemui di Madinah baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH: Disiplin yang tinggi dan tidak berbohong ketika berurusan dengan pengilang sejadah Raudah merupakan kunci utama kepada kejayaan seorang pensyarah untuk terus kekal menjadi pengedar tunggal peralatan solat itu ke Malaysia.

Dr. Siti Norwahida Shukeri, 38, berkata, menjadi tradisi peniaga Arab Saudi yang mementingkan kerja yang telus dan jujur selain tidak gemar kepada sembang kosong ketika melakukan urus niaga dengan mereka.

Kata pensyarah perakaunan di Universiti Ha’il itu, berpegang teguh dengan konsep tersebut, dia melihat sendiri bagaimana perniagaannya yang bermula secara kecil-kecilan kini sudah semakin maju dan dikenali ramai.

“Saya pindah pada 2019 selepas permohonan untuk mengajar di sini diterima. Sebelum ini saya mengajar bidang yang sama di Universiti Malaysia Perlis.

“Memang tak sangka tindakan membekalkan sejadah ke Malaysia ketika dunia dilanda pandemik menjadi titik tolak kepada kejayaan buat perniagaan yang saya usahakan ini,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Menurut Siti Norwahida, selepas mempunyai puluhan premis di serata Malaysia seperti di Kedah, Melaka, Kuala Lumpur, Pahang dan Selangor, dia mempunyai impian untuk membuka kedai baharu di tempat kelahirannya, Tanah Merah, Kelantan.

Tambahnya, walaupun dia tahu perniagaan di situ tidak akan membuat keuntungan, tetapi ia sebagai tanda terima kasih dengan kewujudan bangunan besar dan cantik selain menjadi mercu tanda yang boleh dibanggakan oleh penduduk Tanah Merah.

“Sejadah raudah yang saya bawakan dari bumi Madinah bukan sahaja boleh dimiliki oleh orang kenamaan (VIP), tetapi ia juga berada di dalam rumah keluarga berpendapatan rendah ke­rana harganya mengikut kualiti,” katanya.

Ujar Siti Norwahidah antara VIP yang membeli sejadah itu melaluinya termasuk Pejabat Perdana Menteri, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.- utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya