Dikutuk masyarakat, ada artis takut pegang telefon bimbit

Dikutuk masyarakat, ada artis takut pegang telefon bimbit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi Maman, 53, terkilan dengan sikap segelintir masyarakat yang dilihat sudah hilang hormat kepada artis legenda tanah air.

Maman yang juga penyanyi kumpulan Teacher’s Pet mendedahkan ada beberapa rakan penyanyi yang bertaraf legenda dikutuk oleh masyarakat sehingga mereka takut untuk menatal telefon bimbit.

“Saya agak khuatir melihat bagaimana legenda kita sudah tidak lagi dihormati. Apa salah mereka? Tidak boleh kita mengutuk sembarangan, kasihan artis, mereka juga manusia.

“Saya dengar ada artis yang sampai tak boleh nak pegang telefon bimbit.

“Mereka sudah beri banyak kepada industri, beginikah caranya kita membalas jasa mereka?” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di majlis pelancaran album ‘Aku’ di sebuah hotel, semalam.

Maman atau nama sebenarnya Rosman Lamri berkata, tanpa kehadiran artis legenda seperti mereka generasi hari ini mungkin sukar untuk memahami sejarah dan evolusi muzik-muzik Malaysia.

“Rockstar seperti Amy Search dan Man Kidal adalah satu kebanggaan Malaysia. Tanpa mereka, anak-anak kita pun tak tahu bagaimana muzik Malaysia.

“Nasib rockstar di Malaysia makin berusia, makin susah. Di mana silapnya?

“Saya harap kita dapat galakkan untuk orang hormat artis yang pernah kita hargai dahulu. Kalau kita tak lakukannya, siapa nak hargai mereka?” jelasnya.

Melihat kelompongan dalam industri muzik di mana banyak artis lebih memilih menghasilkan single berbanding album, Maman tampil dengan sebuah album penuh bertajuk ‘Aku’.

“Sudah lama kita tidak melihat artis hasilkan album berkualiti. Jadi saya terpanggil untuk lakukannya.

“Kalau dulu setiap minggu ada lagu baru. Di Malaysia pula banyak radio, lagi meriah. Maka saya terpanggil hasilkan album penuh semoga semua orang puas dengan hasil karya saya,”tambahnya.

Maman mempersembahkan tujuh lagu dalam album ‘Aku’ antaranya Lafazkan, Rahsia, Kejauhan, Warisan Wanita Terakhir, Ibu, Anak dan Belaian Rindu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya