Cawangan UMNO Taman Dato' Hormat lumpuh 48 ahli masuk Pas - Utusan Malaysia

Cawangan UMNO Taman Dato’ Hormat lumpuh 48 ahli masuk Pas

UMNO Dato' Hormat
DR. Ahmad Yunus Hairi menerima borang keahlian daripada Nazli Abdul Manap (kiri) pada majlis khas yang diadakan dekat Kawasan RT Telok Panglima Garang di Kuala Langat, Selangor, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: UMNO Cawangan Taman Dato’ Hormat di Kuala Langat, didakwa lumpuh selepas 48 ahli termasuk Ketua UMNO Jalan Palas cawangan itu mengisytiharkan keluar parti dengan menyertai Pas.

Setiausaha Badan Perhubungan Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd. Shahir berkata, kesemua ahli seumur hidup parti komponen kerajaan itu mengumumkan perkara tersebut dalam satu majlis khas, malam tadi.

“Mereka menyerahkan borang keahlian Pas diketuai oleh Ketua UMNO Jalan Palas Taman Dato’ Hormat, Nazli Abdul Manap yang juga merupakan Ketua Rukun Tetangga (RT) di kawasan kejiranan tersebut.

“Mereka yang keluar terdiri daripada ahli seumur hidup bagi cawangan yang berada di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Sijangkang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah, penyerahan borang tersebut diserahkan kepada Pesuruhjaya Pas Selangor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi pada majlis yang diadakan di Kawasan RT Telok Panglima Garang.

Sehubungan itu, Roslan Shahir memberitahu Pas Selangor menjangkakan lebih ramai ahli UMNO akan keluar parti kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinannya.

“Ini disebabkan mereka kecewa dengan segelintir pemimpin UMNO yang mementingkan diri sendiri sehingga sanggup menggadai prinsip perjuangan membela agama, bangsa dan negara selain tidak sanggup menerima perjuangan DAP,” ujarnya.

Katanya lagi, Pas bersama rakan-rakan di negeri ini komited membina Selangor yang bersih, stabil dan prihatin sejajar dengan slogan ‘Selangor Baharu’ yang dilancarkan di Tanjong Karang baru-baru ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya