Berbaloi beli motosikal Honda

Berbaloi beli motosikal Honda

SEBAHAGIAN pemenang hadiah utama Peraduan Beli Honda Menang Kaw Kaw yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Mitsuharu Funase di One World Hotel, Petaling Jaya. – UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang guru tidak menduga minatnya terhadap motosikal keluaran Honda sejak sekian lama membawa tuah apabila menjadi salah seorang daripada 10 pemenang peraduan ‘Beli Honda Menang Kaw Kaw’ yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM1 juta.

Mohd. Shukri Ngah, 45, ber­kata, dengan adanya motosikal Honda Forza baharu berkuasa tinggi yang dimenanginya itu akan memudahkan lagi perjalanan dan masa ke tempat kerja serta melakukan aktiviti harian terutama menguruskan perihal anak-anak

“Kemenangan itu juga bermakna koleksi motosikal Honda miliknya bertambah sebuah lagi,” katanya ketika ditemui pa­da majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang di sini semalam.

Sementara itu, bagi satu-sa­tu­nya pemenang wanita, Sha­zatul Sharifah Shukri, 27, has­ratnya untuk memenangi se­buah motosikal yang sesuai de­ngan jiwanya yang sukakan ak­tiviti lasak akhirnya tercapai.

Katanya, memang itu yang dihasratkan apabila menyertai peraduan itu dan memandang dia memang meminati aktiviti lasak, Honda CBR150R menjadi hadiah pilihannya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Mitsuharu Funase berkata, kempen Beli Honda Menang Kaw Kaw menawarkan pelanggan yang membeli motosikal Honda yang terpilih peluang untuk memenangi salah satu daripada 1,000 hadiah yang disediakan.

Katanya, kempen tersebut merupakan salah satu satu ini­siatif jualan yang bertujuan me­narik pelanggan baharu dan menggalakkan pembelian awal sebelum ketibaan Hari Raya Aidilfitri yang lalu.

Tambahnya, 10 pemenang ter­sebut berhasil menunjukkan daya kreativiti yang tinggi dan lebih menyerlah berbanding 900,000 penyertaan yang dite­rima dari seluruh negara sepanjang peraduan berlangsung dari 1 Februari hingga 31 Mac lalu.

Para peserta dikehendaki me­­nunjukkan kreativiti sendiri de­ngan mengambil gambar motosikal Honda yang baru dibeli kemudian memuat naik gambar ke laman Facebook atau akaun Instagram peribadi.

Antara hadiah yang disediakan termasuk empat buah unit sama ada motosikal Honda Forza atau CBR250RR, enam buah unit sama ada Honda ADV160 atau CBR150R, 20 peranti Samsung Flip Z4 128GB, 30 tablet Apple iPad 10th Gen dan 300 unit Fitbit Charge 5.

Para pemenang juga menerima baucar Shoei bernilai RM2,000, baucar Alpinestar bernilai RM1,000 dan baucar JD Sports bernilai RM500. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN