Banjir kilat: Urusan projek tebatan banjir Selangor-LLM belum selesai - Utusan Malaysia

Banjir kilat: Urusan projek tebatan banjir Selangor-LLM belum selesai

Banjir LLM
AMIRUDIN Shari hadir Karnival Jom Heboh Generasi Muda dekat pekarangan Stadium Shah Alam di Shah Alam, Selangor, malam tadi. - UTUSAN / ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Insiden banjir melanda dua lebuh raya di negeri ini didapati berpunca daripada urusan pelaksanaan projek tebatan banjir yang belum selesai di antara Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan kerajaan negeri.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya masih mengenalpasti lokasi kolam takungan bagi menampung limpahan air yang berlebihan apabila berlaku hujan lebat terutama di kawasan Bukit Raja.

“Projek tebatan banjir terpaksa ditangguhkan sementara akibat daripada urusan dengan pihak LLM. Saya sesegera mungkin dapatkan daripada LLM berkenaan dengan (pelan) saliran tebatan banjir untuk kolam takungan dekat kawasan Bukit Raja,” katanya ditemui pemberita pada Karnival Jom Heboh Generasi Muda, malam tadi.

Terdahulu, kawasan di sekitar bandar raya ini dan Klang seperti di Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Setia Alam, Bandar Bukit Raja, Setia Alam dan Meru dilaporkan dinaiki air berikutan hujan lebat selama beberapa jam

Malah, menerusi hantara-hantara tular dalam media sosial, pengguna jalan raya dan penduduk memaklumkan beberapa jalan dinaiki air sehingga menenggelamkan tayar kereta.

Dalam pada itu, Amirudin menambah, Klang dikenal pasti sebagai kawasan yang teruk terjejas akibat hujan lebat selama lebih 3 jam.

“Kita juga sudah minta dengan segera pam-pam digerakkan (kawasan dinaiki air) sebab itu  menjelang tengahari petang tadi air banjir  sudah surut dan saya  rasa sudah terkawal.

“Saya akan mendapat laporan lanjut malam ini dan difahamkan sebilangan keluarga  masih tinggal di pusat perlindungan sementara,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya