Anwar ulangi pendirian tidak pertahan perasuah

Anwar ulangi pendirian tidak pertahan perasuah

ANWAR Ibrahim ketika menghadiri Program Temu Anwar Negeri Sembilan di Dewan Tuanku Canselor, USIM, di Nilai, Seremban, hari ini. - UTUSAN/MOHD SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendiriannya untuk tidak sesekali mempertahan perasuah sama ada berada dalam parti di bawah Kerajaan Perpaduan atau sebaliknya.

Malah, Perdana Menteri menegaskan, menjadi satu tugas besar untuk semua pihak termasuk golongan mahasiswa membersihkan imej Malaysia sebagai negara yang terkenal dengan rasuah di mata dunia.

“Saya tak perlu (rasuah) parti dalam kerajaan, luar kerajaan, rundingan, ambil komisyen.. tolong hentikan. Saya tidak akan pertahankan. Kamu curi, bawa peguam, hakim, masuk penjara. Bila saya jumpa pelabur asing mereka kata negara kamu korup.

“Kita kena kerja kuat tukar peta politik negara kita. Jangan hina, jangan fitnah,” katanya ketika berucap dalam Program Temu Anwar Negeri Sembilan di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai di sini, hari ini.

Terdahulu, Anwar memberitahu, beliau mahu institusi pengajian tinggi menjadi gedung cemerlang dan seharusnya generasi muda harus bertindak lebih baik daripada apa yang diwarisi. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN