Ambil semula pemimpin yang dipecat, digantung

Ambil semula pemimpin yang dipecat, digantung

TIMBALAN Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan beramah mesra bersama petugas media dari Media Mulia Sdn. Bhd. yang membuat liputan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur- UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemimpin utama UMNO wajar mempertimbang mengambil semula bekas pemimpin parti itu serta pemimpin yang digantung bagi menambah kekuatannya.

Dalam perbahasan ucapan presiden, Ketua Pemuda Kinabatangan, Mohd Kurniawan Naim Mokhtar mahu fokus mengembalikan kepercayaan ahli UMNO terhadap parti keramat itu selepas dilanda beberapa siri pengkhianatan.

“Saya yakin dan percaya ramai juga dalam kalangan kita yang sama seperti saya…mintalah kepada MKT (Majlis Kerja Tertinggi) mana-mana pemimpin kita yang telah dipecat atau digantung, yang belum menyertai parti lain, yang terus menyayangi parti kita ini, yang setia menunggu dipanggil balik ke dalam parti kita ini untuk diterima kembali.

“Tahun ini biar fokus kembalikan kepercayaan orang UMNO kepada UMNO. Saya mahu fahamkan adik-beradik dahulu kerana ramai yang keliru. Akar umbi takut dengan kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) kerana kononnya UMNO tidak lagi boleh memperjuang hak Melayu dan Bumiputera.

“Akar umbi risau UMNO hilang identiti yang selama ini menjuarai isu berkenaan Melayu dan bumiputera namun kita tiada pilihan perlu gabung demi survival parti,” katanya dalam Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Menjelaskan perkara itu, Mohd Kurniawan mendakwa, rakan kerjasama mereka sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) telah mengkhianati parti keramat itu.

“Hari ini kita bekerjasama dengan PH kerana antara BN kerana ketika dengan Perikatan Nasional (PN), kita telah dipecah belah daripada dalam. Kita telah dipecah perintahkan. Mereka mencucuk duri di dalam daging kita.

“Mereka mengkhianati kerjasama yang kita jalinkan. Pimpinan parti kita juga tidak dihormati,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya