Amal madu dan kurma - Zaiton Sameon - Utusan Malaysia

Amal madu dan kurma – Zaiton Sameon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mampu menyanyi sehingga kini, penyanyi, Zaiton Sameon memaklumkan amalan pemakanan sunah banyak membantu dirinya kekal sihat dan cergas di usia 66 tahun.

Kata penyanyi lagu Menaruh Harapan itu, amalan tersebut juga membantu menguatkan minda dan membolehkan dia mengingati lirik lagu-lagunya ketika membuat persembahan secara live.

“Pemakanan yang saya amalkan adalah pengambilan madu dan kurma pada setiap pagi.

“Ada orang ingat saya sudah tak boleh menyanyi. Hakikatnya, saya masih ingat semua lagu termasuk lagu asli dan sebagainya tanpa bantuan prompter,” katanya ketika ditemui pemberita baru-baru ini.

Zaiton memulakan karier nyanyian seawal era 80-an dan pada masa sama, merakamkan album Menaruh Harapan.

Namun, hidup penyanyi bertaraf legenda ini berubah selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya yang mengorbankan anakanya pada tahun 1990.

Dalam pada itu, Zaiton meluahkan rasa syukur kerana masih diberi kepercayaan untuk membuat persembahan dalam majlis dan acara rasmi.

“Alhamdulillah, saya banyak dipanggil untuk menyanyi sempena majlis makan malam. Kalau majlis orang Cina, saya nyanyi lagu Cina.

“Bayaran yang diberikan juga setimpal. Alhamdulillah,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya