Agrico Qatar minat bekalan minyak sawit Malaysia

Agrico Qatar minat bekalan minyak sawit Malaysia

ANWAR Ibrahim menerima kunjungan hormat Ahmed Hussain Al-Khalaf. Yang hadir sama pada sesi tersebut ialah Duta Qatar ke Malaysia, Salah Mohammed Al-Sorour serta wakil-wakil daripada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). - FB ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Agrico Agriculture Development W.L.L. (Agrico Qatar) memaklumkan berhubung cadangannya untuk mendapatkan bekalan minyak sawit mentah bagi kilang penapisan minyak kelapa sawit milik syarikat itu di Malaysia. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihak syarikat pertanian organik berasaskan system hidroponik di Qatar menyatakan hasrat itu ketika beliau menerima kunjungan hormat Pengerusinya, Ahmed Hussain Al-Khalaf semalam.

“Insya-Allah, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Kerajaan Negeri Selangor sedang menyelaraskannya. Produk ini seterusnya akan menjadi produk-produk berkualiti tinggi yang berpotensi dieksport ke Qatar, Tanzania, Afghanistan, India, dan negara-negara di rantau Asia Barat,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Menurut Anwar, Agrico Qatar adalah satu-satunya syarikat pertanian organik berasaskan system hidroponik di Qatar mengguna pakai teknologi terkini secara mampan dan berjaya menghasilkan kira-kira 3,000 tan metrik sayur-sayuran dan buah-buahan berkualiti sepanjang tahun, memenuhi sekurang-kurangnya 90 peratus permintaan pasaran tempatan Qatar.

Perdana Menteri berkata, pada tahun ini Agrico Qatar melalui Agrico (M) Sdn. Bhd. menyasar melaksanakan projek-projek dalam tiga sektor iaitu penapisan minyak sawit, pertanian dan keselamatan makanan dengan nilai pelaburan dianggarkan sebanyak RM1.5 hingga RM2.0 bilion.

“Selari dengan Wawasan 2030 Qatar dan Pelan Tindakan Dasar Keterjaminan Makanan Negara 2021-2025, Malaysia menyambut baik usaha-usaha pihak swasta dalam menyokong agenda-agenda lerajaan ke arah menjamin keselamatan makanan serta memantapkan lagi rantaian bekalan makanan bagi kedua-dua negara,” katanya.

Anwar memaklumkan, pihak kerajaan Malaysia akan terus memperkukuh jaringan perniagaan-ke-perniagaan antara Malaysia dan Qatar, serta mengalu-alukan syarikat-syarikat dari negara itu untuk meneroka pelbagai peluang perdagangan dan pelaburan di sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya