Terengganu kekal prestasi STPM terbaik kebangsaan tujuh tahun berturut-turut

Terengganu kekal prestasi STPM terbaik kebangsaan tujuh tahun berturut-turut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Pencapaian Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.18 menyaksikan Terengganu mengekalkan pencapaian keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) terbaik nasional untuk tempoh tujuh tahun berturut-turut bagi peperiksaan 2025 yang diumumkan hari ini.

Timbalan Pengarah Pendidikan Terengganu, Che Wan Zuraidi Che Wan Zaid berkata, pencapaian itu mengatasi PNGK Nasional iaitu 2.88. 

Katanya, seramai 112 calon memperoleh semua A Penuh dengan PNGK 4.0 manakala 147 calon pula mendapat semua A iaitu kombinasi A dan A-.

“Sebanyak 90.47 peratus atau 1,699 calon pula memperolehi Prinsipal dalam semua mata pelajaran diambil,” katanya ketika mengumumkan keputusan STPM 2025 peringkat Terengganu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Sawa, di sini hari ini.

Che Wan Zuraidi berkata, sebanyak 43 daripada 46 sekolah yang mempunyai calon STPM 2025 di negeri ini turut berjaya mengatasi PNGK kebangsaan. 

Kata beliau, 36 daripada 46 buah sekolah di Terengganu berjaya mencapai PNGK 3.00 ke atas antaranya SMK Bukit Sawa, SMK Kuala Telemong dan SMK Agama Nurul Ittifaq. 

“Calon SMK Bukit Sawa, Marisya Kamila Mohamad Hafiz dan SMK Bukit Payong, Besut, Wan Nur Mahirah Wan Harun muncul pelajar terbaik STPM 2025 peringkat kebangsaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN