Agihan terus peruntukan melalui Kementerian Ekonomi. - Utusan Malaysia

Agihan terus peruntukan melalui Kementerian Ekonomi.

Peruntukan terus ekonomi
RAFIZI Ramli berucap pada Sesi Libat Urus Kajian Separuh Penggal RMK-12 di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kementerian Ekonomi akan melaksanakan kemudahan pemberian peruntukan kepada pihak berkuasa negeri, daerah, tempatan dan seterusnya rakyat bagi perbelanjaan projek-projek berskala kecil.

Kemudahan tersebut disifatkan sebagai ‘mendemokrasikan’ peruntukan kerajaan bagi memudahkan rakyat membuat permohonan secara terus kepada kerajaan untuk membaiki dan menambah baik infrastruktur di kawasan mereka.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, permohonan tersebut boleh dibuat oleh mana-mana pihak dalam tempoh dua minggu lagi tanpa perlu mendepani kerenah birokrasi supaya peruntukan daripada kerajaan dapat disalurkan terus kepada mereka.

“Jadi, tak perlu melalui lapisan-lapisan, jabatan daerah dan negeri pun boleh minta terus, rakyat biasa pun kalau rasa jalan di depan rumah perlu diturap, mereka boleh mohon terus, jadi menang-menang untuk semua. 

“Tetapi, siapa yang hantar dan mencuba, kalau tak hantar rakyat tak dapat peruntukan.

“Jadi, kita akan buka (dasar) itu, saya harap akan membantu rakyat di Selangor juga kerana kawasan bandar juga perlukan banyak peruntukan-peruntukan kecil apabila banyak tempat (kemudahan) perlu dibaiki,” katanya ketika berucap pada Sesi Libat Urus Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12), hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan, pelaksanaan kemudahan peruntukan terus itu akan dilaksanakan oleh jabatan-jabatan bersesuaian sama ada di peringkat pejabat daerah atau pihak berkuasa tempatan.

Malah, jelas Rafizi lagi, pemberian peruntukan terus daripada kementeriannya itu juga disifatkan dapat mengurangkan risiko salah guna kuasa dan ketirisan apabila peruntukan sedemikian disalur terus kepada permohonan-permohonan diluluskan.

“Tetapi, itu membuka peluang yang sama rata kepada semua negeri, semua orang. Kalau tidak,  menteri yang bertanggungajawab kepada peruntukan akan menjadi terlalu berkuasa sebab ikut suka dia hendak beri kepada siapa.

“Jadi, sebagai rakyat kita tahu,  I have a state dalam tax placement, I can ask. Dapat ke tidak itu nanti kami akan melalui proseslah maksudnya di Kementerian Ekonomi, kita kena bekerjasama terus dengan pejabat daerah dan sebagainya,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya