Agihan kerusi PRN: PN bermesyuarat di Publika hari ini - Utusan Malaysia

Agihan kerusi PRN: PN bermesyuarat di Publika hari ini

PN kerusi
MUHAMMAD Sanusi Md. Nor ketika berucap pada program itu di Tanjong Karang, Kuala Selangor, malam tadi. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Perikatan Nasional (PN) akan memuktamadkan agihan ke­rusi dalam kalangan parti komponennya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di keenam-enam negeri, hari ini.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, perbincangan mengenai pembahagian semua kerusi itu dijangka selesai kira-kira pukul 5 petang.

“Pembahagian (kerusi) bagi PN esok adalah ‘final’ (akhir). Ia (perbincangan) akan dijalankan di Publika, Kuala Lumpur (Ibu Pejabat PN),” katanya ketika ditemui pada program Jelajah Selangor Baharu di Kompleks Pas Tanjong Karang di sini, malam tadi.

Semalam, Mingguan Malaysia melaporkan pimpinan pusat PN yang dijadualkan bermesyuarat hari ini akan menentukan pembahagian kerusi di Selangor termasuk memutuskan penentuan terhadap kerusi Pelabuhan Klang yang bertindan.

Pada 17 Mei lalu, Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan pembahagian kerusi sudah hampir muktamad dalam menghadapi PRN di enam negeri.

Perbincangan mengenai perkara itu turut dibangkitkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang berlangsung pada 23 Mei lalu apabila mengarahkan perunding setiap parti menyelesaikan agihan tersebut.

Perunding terlibat adalah Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau.

Dalam pada itu, Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah menyerahkan kepada pimpinan parti peringkat negeri ini untuk menentukan pendekatan dan strategi politik bagi menawar Selangor.

Malah, beliau dalam ucapannya di hadapan ribuan penyokong PN berkata, Selangor perlu dipimpin oleh anak tempatan atau jati negeri ini. 

“Kepimpinan anak negeri yang membesar dan mencari makan di tempat sendiri lebih memahami sosioekonomi dan sosiopolitik rakyat setempat. Selangor perlu dipimpin anak Selangor. Tanggungjawab kita memastikan calon  yang kebanyakannya diwakili anak negeri menang pada PRN akan datang,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.