Zoo Negara bakal sambut ulang tahun kedua kelahiran Sheng Yi - Utusan Malaysia

Zoo Negara bakal sambut ulang tahun kedua kelahiran Sheng Yi

GELAGAT panda gergasi, Liang Liang (bawah) bersama anaknya, Sheng-Yidi Pusat Konservasi Panda Gergasi, Zoo Negara. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Zoo Negara bakal menyambut ulang tahun kedua kelahiran panda gergasi yang dipelihara di Pusat Konservasi Panda Gergasi Zoo Negara pada 31 Mei ini.

Majlis ulang tahun itu akan diadakan secara tertutup dan eksklusif kepada staf penjaga panda sahaja.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Unit Komunikasi Korporat Zoo Negara memaklumkan, Zoo Negara akan menyediakan sendiri dekorasi serta kek ulang tahun anak panda tersebut yang diperbuat daripada ais yang dihias menggunakan buah-buahan.

“Kita juga akan sambut ulang­ tahun kelahiran dua lagi haiwan lain iaitu Hippo dan si kembar Cheetah.

“Sudah menjadi kebiasaan Zoo Negara menyambut hari kelahiran haiwan, walaupun secara kecil-kecilan dan tertutup bagi menghargai haiwan tersebut serta penjaganya,” katanya.

Panda yang diberi nama Sheng Yi merupakan anak kelahiran pasangan Xing Xing dan Liang Liang, pasangan tersebut melahirkan tiga ekor anak iaitu Nuan Nuan yang dilahirkan 18 Ogos 2015, Yi Yi (14 Januari 2018) dan Sheng Yi pada 30 Mei 2021.

Tambahnya, sambutan akan diadakan pada waktu pagi kerana ia adalah waktu aktif panda tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.