Warisan ‘korbankan’ kerusi DUN Teratai, tidak tanding PRN

Warisan ‘korbankan’ kerusi DUN Teratai, tidak tanding PRN Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Parti Warisan (Warisan) mengambil pendekatan untuk tidak mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai pada Pilihan Raya Negeri (DUN) Selangor.

Presidennya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, Warisan tidak akan meminta kerusi walaupun pada peringkat awal ada usaha memberikan kerusi untuk Warisan bertanding di Kedah.

“Saya sudah nasihatkan ahli-ahli kita supaya tidak bertanding dan saya juga telah memaklumkan dalam mesyuarat induk perpaduan baru-baru ini bahawa kita tidak akan minta kerusi.

“Biarpun pada peringkat awal ada usaha nak bagi Warisan (tanding) di Kedah tapi, saya cakap tidak. Saya bagitahu bahawa kita akan memberi sokongan. Bagi kita, tidak perlu untuk bertanding walaupun kita ada seorang ADUN di Selangor,” katanya selepas Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Warisan Putatan kelmarin.

Beliau berkata demikian apabila ditanya adakah Warisan akan mempertahankan kerusi DUN Teratai di Selangor yang disandang oleh Bryan Lai Wai Chong.

Katanya, perkara itu juga telah dibincangkan dengan Bryan dan telah dimaklumkan kepada Menteri Besar Selangor mengenai langkah yang diambil oleh Warisan.

Ahli Parlimen Semporna itu berkata, walaupun Warisan tidak bertanding di enam negeri di Semenanjung namun, penyokong-penyokong Warisan yang berada di situ boleh membantu.

Menurut Mohd. Shafie, Warisan mempunyai kekuatan penyokong di sana kerana semasa bekas Presiden MCA, Tan Sri Ong Tee Keat bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, Warisan memperoleh kira-kira 3,000 hingga 4,000 undian.

Pada masa ini, Bryan adalah satu-satunya ADUN tunggal Warisan di Semenanjung dan pada PRU1-5, Warisan tidak berjaya meraih sebarang kerusi Parlimen setelah kalah di kesemua 26 kerusi yang ditandingi.

Pada Januari tahun lalu, Bryan bersama dua lagi bekas pemimpin DAP iaitu bekas Ahli Parlimen Jelutong, Pulau Pinang, Jeff Ooi Chuan Aun dan bekas ADUN Batu Lanchang, Pahang, Datuk Danny Law Heng Kiang mengumumkan menyertai Warisan secara rasmi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya