Wanita direman muat naik gambar tatu kalimah Allah

Wanita direman muat naik gambar tatu kalimah Allah

NOORSIAH MOHD. SAADUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan seorang wanita tempatan selepas didapati memuat naik gambar menunjukkan tatu kalimah Allah di badan seorang wanita lain di Facebook, semalam.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, wanita yang juga pengendali serta pemilik akaun Facebook @Bunga Matahari berusia 46 tahun itu ditahan dalam serbuan di Gombak, Selangor.

Selain itu, sebuah telefon bimbit berserta satu kad sim juga dirampas dalam serbuan itu.

“Suspek direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 26 Mei untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, kes itu disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Orang ramai diingatkan supaya tidak membuat hantaran atau menularkan perkara yang menyentuh sensitiviti agama, kaum dan institusi diraja di mana-mana platform media sosial sehingga membangkitkan perpecahan keamanan serta menggugat keharmonian kaum.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman dan keselamatan awam,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya